:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, January 2, 2012

Pesanan Buat DirikU



Kata orang kalau dah mahu
Walau bagaimana berat pun akan dipikul
Walau bagaimana sukar pun akan diikhtiar
Dan jika tidak berhasil itu sudah suratan takdir

Bukan kehendak Nya untuk kamu memiliki yang diimpi
Mungkin yang dicita tidak sesuai untukmu
Mungkin kamu akan dianugerahkan yang lain
Yang lebih baik dari yang didambakan

Bersabarlah
Berlapang dadalah
Berserahlah

Itulah tangkalnya

Keyakinan yang mendalam
Keazaman yang memuncak
Ketepikan kekecewaan dek ketewasan

Itulah kuncinya

Moga-moga direstui yang Maha Esa
Moga-moga perjalanan ini dipermudahkan Nya
Moga-moga kepayahan dapat diatasi
Moga-moga kejayaan itu sudah mendekat


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini