:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Saturday, January 7, 2012

Petua Membentuk Cinta Abadi [Tips 1]



Tips Cinta 1Cinta sejati tidak pernah merasa sunyi walaupun orang yang tersayang tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran wajah kekasih, bayangan kenangan-kenangan manis dan harapan positif untuk membina hidup bahagia menjadi teman di kala bersendirian.
Apabila Anda bersendirian atau ketika pasangan tidak ada disisi, bayangakan seolah-olah dia ada di sisi Anda. Ketahuilah rasa sunyi dan rasa tidak diendahkan adalah emosi negatif.
Hentikan perasaan ini kerana ia akan menyusahkan diri Anda sendiri. Sebab, kenikmatan cinta akan hilang tak semena-mena, diganti oleh perasaan dipinggirkan oleh pasangan. Bahaya!
Cara terbaik, imaginasikan seolah-olah pasangan ada bersama Anda, seolah-olah Anda mendengar suaranya, mendengar tawanya dan merasai kegirangannya. Bila Anda selalu lakukan teknik ini, Anda tidak akan pernah merasa sunyi walaupun kekasih hati tidak ada di sisi. Dengan melakukan hal ini, Anda sudah membina emosi positif, iaitu dengan merasai kenikmatan cinta.
Sedekahkah bacaan surah Al-Fatihah untuk dirinya, semoga dengan pahala yang Anda sedekahkan itu dia mengingati Anda selalu dan ingatan itu baik-baik sahaja. Cinta terbaik adalah cinta dibina berlandaskan agama, iaitu Anda mencinta pasangan Anda sebagai ibadah Anda kepada Allah.
Moga dari memberi cinta, Anda diberi pahala oleh ALLAH. Dengan pahala yang Anda kumpul, moga dari situ ALLAH merahmati kehidupan Anda lantas membukakan pintu-pintu kejayaan buat Anda juga buat pasangan Anda.
Motivasi cinta ada di mana-mana, sebaik-baik motivasi dalam menikmati cinta adalah membericinta dengan mengharap balasan pahala dari ALLAH Yang Maha Esa.


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini