:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, January 8, 2012

Petua Membentuk Cinta Abadi [Tips 2]



Tips Cinta 2: Sebaik-baik cinta adalah cinta kerana Allah. Motivasi cinta hadir apabila ada keinginan mahu memberikan yang terbaik kepada pasangan di dorong oleh rasa ingin berbakti sebagai satu ibadah. Moga dari ibadah yang dilakukan, ALLAH memberi ganjaran pahala. Dari pahala yang terkumpul, moga dari situ Allah memberkati kehidupan Anda dan pasangan.
Sebab kenapa banyak rumah tangga wujud pecah belah dan banyak pasangan cinta menemui jalan buntu adalah kerana perhubungan mereka tidak ada ROH. Tidak ada aura pertalian (connection) yang dibina atas dasar yang kukuh.
Roh cinta terbina hasil dari mentaati suruhan ALLAH, menjaga sembahyang, bersangka baik, saling percaya dan saling maaf-memaafi.
Cinta kerana Allah dapat membentuk cinta sejati, bagaimana?
Anda mencintai pasangan Anda kerana ALLAH, iaitu kerana Anda anggap menyayangi dirinya merupakan ibadah sunat buat diri Anda. Anda memasang niat mahu mencintai, menjagai dan bertanggungjawab kepada pasangan Anda supaya ALLAH sayangkan Anda, supaya taqwa Anda kepada ALLAH meningkat.
Apabila Anda sayang seseorang kerana Allah, serta merta akan timbul perasaan mahu menyayangi dirinya sepenuh hati tanpa mengharap balasan sedikitpun. Semakin Anda anggap cinta sebagai ibadah, semakin terdoronglah Anda untuk menyayangi dirinya. Alangkah baik jika Anda dan pasangan mempunyai mindset sebegini. Kedua-dua Anda akan semakin bahagia.
Orang bertaqwa sering mendahulukan Tuhan termasuk dalam hal menikmati cinta.
Baginya, apabila mencintai seseorang, dia melihat kekuasaan ALLAH di situ.
Dia akan anggap dengan izin ALLAH, dia dapat berjumpa dengan pasangan hidupnya. Dengan izin ALLAH, cinta buat dirinya hadir di hati pasangan hidupnya tanpa dia sendiri menyedari. Dengan izin ALLAH jugalah, mereka saling sayang-menyayangi dan membuat keputusan untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.
Jika cinta Anda bermasalah dan Anda tidak menemui motivasi cinta, kaji balik apa niat Anda dalam bercinta. Sebab apa Anda cintai pasangan Anda? Tanya diri Anda dengan soalan ini. Jawapan akan muncul dalam bentuk ilham,idea atau gerak hati. Jika Anda selalu lupakan Tuhan, ketahuilah masalah diturunkan sebagai teguran bahawa Anda sudah selalu lupakan Tuhan.
Untuk membentuk cinta abadi yang berpanjangan jodohnya, asaskan cinta dengan pengharapan kepada ALLAH. Biar rasa pasrah dan berserah pada ketentuan ALLAH tumbuh menebal di hati Anda dan pasangan, dari situ Anda dengan dia dapat beribadah bersama-sama, juga saling memberi yang terbaik buat pasangan masing-masing simply kerana ia satu ibadah.
Tidak akan ada sikap ungkit-mengungkit, panas-memanas, sikap ego, cemburu, bersangka buruk dan tidak ada sikap mementingkan diri sendiri.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini