:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, May 21, 2012

Isteri yang cemerlang adalah Ibu yang cemerlang.




Jika seseorang mencari calon isteri atau memilih calon menantu, kriteria-kriteria utama yang terbit di fikiran semestinya beragama, cantik serta sihat, dari keturunan yang baik dan berharta. Inilah ciri-ciri yang disebut oleh Baginda Rasulullah S.A.W. bagi seorang wanita atau calon yang baik. Namun, terdapat satu lagi elemen yang jarang ditekankan, dapatkah seorang calon pilihan menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anaknya kelak?

Apa yang membezakan seorang ibu yang cemerlang daripada seorang ibu yang kurang cemerlang. Boleh dikatakan semua ibu baik, jarang kita mendengar ibu yang mendera anaknya. Biasanya kerja itu si bapa yang punya angkara. Secara fitrahnya, tiada ibu yang tidak sayangkan anaknya. Malah kadangkala kasih ibu melebihi kasih seorang isteri kepada suaminya. Tapi awas! Jangan dahulukan kehendak anak daripada kehendak suami!

Sesetengah wanita boleh menjadi isteri yang baik tapi tak semestinya dia boleh menjadi ibu yang baik. Kalau tidak, sedangkan syurga di telapak kaki ibu! Cuma yang jarang kita persoal, bagaimana nak jadikan syurga itu di bawah kaki ibu? Semua perkara ada harganya. Apa harga sebuah martabat sehingga dikatakan syurga terletak di bawah kaki?

Ibu yang baik bukan sahaja perlu memberikan kasih dan sayang kepada anak-anaknya. Kita selalu dengar dialog seperti, "Ibu dah belikan segala yang diminta, apa lagi yang tak cukup?" Jangan salah faham ibu-ibu semua, kasih-sayang bukan sahaja dalam bentuk material. Perhatian dan bimbingan juga merupakan luahan kasih-sayang.

Kalau nak katakan pengorbanan, 9 bulan mengandungkan anak dah dikira satu pengorbanan. Semua ibu yang ada anak pernah membuat pengorbanan. Jadi, apa bezanya ibu yang cemerlang dengan yang tidak? Ibu yang cemerlang ialah yang mendidik anak-anaknya mengenal Allah dan Rasul-Nya. Mereka menerapkan iman dalam hati anak-anak sehingga anak-anak inilah yang akhirnya menjadi pejuang-pejuang agama. Barulah tepat dengan ungkapan "tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia".

Dalam pada para ibu memanjakan anaknya dengan sikap penakut, ibu yang cemerlang pula menghantar anak-anaknya ke medan perang untuk memperjuangkan agama. Dalam pada para ibu mengidamkan anaknya title doktor dan Dato', ibu yang cemerlang mengidamkan title syuhada untuk anaknya. Keredhaan mereka bergantung kepada keredhaan Allah.

Ya, ibu yang cemerlang mengutamakan Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain-lain. Isteri yang cemerlang juga mengutamakan Allah dan Rasul-Nya berbanding dunia dan seisinya. Pendek kata, isteri yang cemerlang juga adalah seorang ibu yang cemerlang.


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini