Sebagai seorang wanita, seringkali anda
mempamerkan senyuman kepada oang lain. Mungkin ada yang gemar tersenyum lebar
sehingga memperlihatkan barisan gigi anda. Mungkin ada yang senyum tanpa
memperlihatkan gigi. Masa anda tersenyum juga berbeza-beza. Mungkin dua saat.
Mungkin hampir seminit. Semuanya bergantung atas sebab-sebab tertentu. Namun
berhati-hatilah, setiap senyuman yang anda lahirkan, boleh mengungkap sesuatu
yang anda cuba sembunyikan daripada orang lain.
Tahukan anda bahawa suatu senyuman yang
sebenarnya, dapat ditandai dengan munculnya kerutan-kerutan dipinggir bahagian
luar mata. Apabila anda mendapati wanita melontarkan senyuman dengan
tanda-tanda tersebut, wanita itu seungguh berasa senang, tidak berpura-pura.
Untuk memahami keadaan sebenarnya si wanita,tidak cukup dengan sekadar
mengamati bibirnya yang tersenyum, harus dilihat secara keseluruhan.. Seorang
lelaki perlu memperhatikan seberapa besar wanita yang ditemuinya menunjukkan
bahagian tapak tangannya.
Apabila wanita itu melakukan gerakan-gerakan
yang mengungkap bahagian tapak tangannya itu, atau dia menyilangkan kakinya
ketika duduk kemudian meluruskannya lagi, hingga menampakkan sebahagian
pahanya, itu merupakan suatu indikasi niat si wanita untuk menunjukkan sikap
terbukanya. Perilaku lain dengan makna serupa, yang juga boleh menjadi ciri
universal bahasa tubuh wanita, adalah dalam gerakan-gerakan memiringkan atau
memutar kepala hingga dapat menampakkan bahagian lehernya. Tanda-tanda lain
bahawa wanita berasa dirinya kurang senang dengan lelaki teman bicaranya, boleh
dilihat dari gerakan-gerakan tubuh yang berlebihan seperti dalam menyilangkan
kaki, melipat tangan , atau kedua bibirnya terkatup erat. Malah seorang wanita
yang kerap menyentuh atau merapikan rambutnya dengan jari-jari tangannya dapat
diertikan sebagai wanita yang suka mendapat belaian.
Namun, seorang wanita yang merasa tertarik
kepada seoang lelaki ketika bertemu, dapat memberi bahasa tubuh berupa menyibak
rambutnya agar tidak menutup wajah. Itu boleh juga dianggap sebagai salah satu
isyarat godaan. Sedangkan apabila wanita malah membiarkan rambutnya menutupi
wajah atau membiarkan rambutnya menutupi wajah atau terurai menutupi sebahagian
matanya, dapat diertikan wanita itu berusaha mengurangi tingkat suatu hubungan.
Lelaki juga boleh mengamati gerakan kaki wanita. Apabila bercakap-cakap gerakan
kakinya tampak gelisah, atau mengarah ke pintu, itu bererti si wanita ingin
keluar dari suasana yg ada saat itu. Meskipun dia tampak senang, misalnya
dengan tertawa-tawa atau banyak tersenyum. Sebaliknya apabila wanita mulai
menggerakkan kaki bagai ingin melepaskan kasutnya, dengan tingkah dan cara yang
sugestif, itu merupakan suatu isyarat perhubungan akan terus berkesinambungan
dengan baik.
~ Hasil Nukilan DilaDellila