Ramai golongan pekerja sanggup awal pagi untuk pergi ke
pejabat asalkan punch card tidak
merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan
pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. Tetapi kenapakah masih ramai yang masih
liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan
bersemangat bangun Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:
1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah S.W.T
dan berikanlah hak-hak-Nya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan
apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang
empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya..
2. Tanam tekad yang jitu, semangat juang
yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
3. Bertaubatlah daripada dosa dan
berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah S.W.T
memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan
komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat
subuh. Jika berkeseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama
beribadah dan melakukan ketaatan.
6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah
Nabi s.a.w seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum
tidur, tidur mengiring di atas rusuk sebelah kanan.
7. Elakkan makan lewat malam atau makan
dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.
Jauhilah juga minuman yang berkafein spt kopi atau teh pada waktu malam,
dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun
pagi dan berkemungkinan terlepas solat subuh.
8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan
anda bangun untuk solat subuh. Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit
sebelum azan subuh. Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan subuh terutamanya
lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas
berwuduk bagi meneunaikan solat subuh.
9. Ajaklah orang lain bangun solat subuh
dan mulakanlah dengan diri sendiri dan
keluarga.
10. Cuba hayati keindahan waktu pagi,
kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana damai daripada
hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya. Kemudian tanamlah tekad
ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awl dan solat subuh awal waktu.
:: Selamat
Beramal::