Orang yang ada ego tidak sedar dia ada ego. Ego diketahui melalui ilmunya. Kalau tahu pun ada egonya belum tentu dapat membuangnya.
Ego boleh dilihat melalui beberapa ciri
Ego boleh dilihat melalui beberapa ciri
- Bercakap di kalangan kawan-kawannya selalu sahaja cakap besar.
- Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang.
- Apabila berbincang selalu tinggi suara.
- Apabila kebenaran itu keluar dari mulut orang lain payah untuk menerimanya.
- Kalau bercakap mahu menang sahaja.
- Bila bertemu orang sukar untuk bertegur sapa kecuali orang yang mendahuluinya.
- Jika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang.
- Bila dicabar mudah sahaja mencabar.
- Kalau bersalah susah hendak meminta maaf.
- Jika ada kuasa suka menzalimi dan menindas.
- Jika tiada kuasa selalu sahaja keras kepala untuk tunduk kepada ketua.
- Bertekak dan berbahas menjadi budaya hidup.
- Pantang ditegur oleh sesiapa sahaja.
- Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran sukar diterima.
- Bila ditegur mudah sakit hati dan dendam mula membara.
- Jangan disebut dosa pahala tersinggung perasaannya.
Artikel ini dikongsi oleh