Manusia hidup tidak hanya dari makanan dan wang, tetapi mereka juga memerlukan kasih sayang. Mereka pasti menginginkan jalinan kasih. Kasih dibahagikan kepadatiga maksud, iaitu kasih asmara, kasih orang tua kepada anak-anaknya, dan kasih antara sesama teman dan sahabat.
Dalam kehidupan sehari-hari kita sering melihat kasih asmara dan kasih orang tua kepada anaknya. Akan tetapi kasih seorang teman atau sahabatjika kita fikirkan sangatlah sulit untukkita milikinya. Untuk mendapat seorang sahabat atau menjadi sahabat yang baik sangatlah sulit.
Sebagai manusia yangmembesar sedari kecil hingga dewasa, kita semestinya bertemu dan berhubungan dengan banyak orang. Dari sekianramai orang ini, kita pasti menjalin hubungan teman yang akrab atau paling
tidak teman yang sering kita temui. Misalnya, teman semasa playgoup, Tadika, sekolah rendah, menengah, matrikdan universiti.
Namun, walaupun kita mempunyai banyakkawan dan sering bertemu dengan
mereka, apakah kita benar-benar sudah mempunyai sahabat, atau sudahkah kita menjadi sahabat bagi teman-teman kita?
Seorang sahabatseharusnya lebih dari sekedar teman. Dalam bersahabat, kita harus saling memahami antara satu sama lain. Apabila teman kita mempunyai sifat yang baik atau buruk, kita harus berusaha untuk menyedarkan dan memahaminya. Apa yang pasti kita sebut bahawa persahabatan tidak memerlukan kecurigaan dan yanga ada hanyalah saling keterbukaan dan mengingatkan.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh melupakan kasih persahabatan walau kita sudah mempunyai kasih tersendiri. Peliharalah persahabatan yang kitaada sebab dimanapun, bilapun dan bagaimanapun persahabatan, kitatetap memerlukannya. Tuhan telah menganugerahkan kita hidup bersama sesama, maka selayaknyalah kita saling mengasihi dan membina tali persahabatan semakin kuat
Artikel ini dikongsi oleh