:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, September 13, 2011

BATERI KERATA

Bateri adalah sangat penting pada enjin. Bateri yang lemah akan menyukarkan enjin dihidupkan. Terdapat dua jenis bateri yang dipasarkan untuk kereta, bateri basah dan bateri kering. Bateri basah ini memerlukan pemeriksaan oleh pemandu bagi memastikan paras air bateri berada diantara garisan rendah dan tinggi. Sekiranya air bateri turun dibawah paras rendah, ini akan mendedahkan sebahagian plet plumbum dan jadi kering lalu mengurangkan keupayaan menghasilkan tenaga. Air bateri perlu sentiasa ditambah dari semasa ke semasa bagi mengekalkan plet plumbum tadi terendam dalam sesair bateri.



Bateri kering pula bukanlah bermaksud tiada air bateri, ada juga cuma pemandu tak perlu risau sekiranya terlupa memeriksa bateri. Bateri jenis ini disebut juga maintenance free battery.
Adakalanya bateri kereta menghasilkan deposit berwarna putih pada terminal positif atau negatif. Cara membuang deposit inisecara efektif adalah dengan curahkan air panas pada terminal yang menghadapi masalah ini.
Bateri kereta yang sudah lemah dan tidak berupaya menghidupkan enjin memerlukan bantuan dari bateri lain atau kereta lain untuk menghidupkan enjin. Proses ini dinamakan jump start, penulis belum berjumpa lagi terma dalam bahasa melayu yang sesuai digunakan untuk proses ini. Bagi kereta yang memberi bantuan jump start ini perlu mengambil langkah berikut; enjin hendaklah dihidupkan sebelum kabel jump start dipasangkan ke kereta yang mengalami masalah bateri lemah tadi. Biarkan enjin kereta pembantu dalam keadaan idle dan jagan dipijak pedal minyak supaya tenaga yang disalurkan adalah lebih stabil.





sumber : blogkereta.com
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini