:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, September 13, 2011

Enjin overheating


Pernah nampak kereta berhenti ditepi jalan dengan bonet terbuka? Selain daripada sebab kehabisan minyak petrol, overheating juga boleh mematikan enjin kereta.
engine therrmostat Tips di pagi Jumaat : Enjin overheating
Penyebab utama overheating adalah satu alat ganti yang dinamakan thermostat. Bagaimana thermostat ini berfungsi? I adalah suatu valve yang mengawal aliran airyang responsif pada perubahan suhu. Semasa enjin sejuk thermostat ini akan tertutup dan air hanya mengalir didalam blok enjin. Ini dapat memanaskan enjin dengan cepat sambil menstabilkan suhu. Bila suhu mencecah tahap yang ditetapkan thermostat ini mula terbuka dan mengalirkan cecair penyejuk yang panas masuk kedalam radiator untuk disejukkan dan dialirkan semula kedalam blok enjin.
radiator cooling fan Tips di pagi Jumaat : Enjin overheating
Selain thermostat, penyebab enjin overheating lain adalah radiator yang tersumbat. Radiator ini diletakkan juga bersama compressor penyaman udara. Terdapat juga kipas penyedut udara yang menyedut udara panas daripada radiator. Kipas yang kuat ini bukan sahaja menyedut udara tetapi habuk, kotoran halus, serangga kecil dan sebagainya. Apa yang anda perlu lakukan adalah membasuh dengan tembakan air tekanan tinggi. Selebih itu anda perlu lakukan dibengkel kereta, kerana rumitnya kerja tersebut.
sumber dari blogkereta.com
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini