:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, October 2, 2011

5 tip Jimat Minyak..

Kenaikan harga minyak petrol RON97 baru baru ini kemudian disusuli kenaikan tarif elektrik dan gas memasak pasti membuatkan orang ramai mencari jalan penjimatan.
 Tips di pagi Jumaat : Jimat minyak
Baru baru ini persekutuan pengguna seluruh Amerika atau dikenali dengan nama Consumer Federation of America (CFA) telah menyenaraikan tip-tip yang boleh diambil bagi menjimatkan penggunaan bahanapi. Dalam masa yang sama majalah AutoWeek juga memberi pandangan kritis terhadap tip-tip tersebut yang membezakan fakta 2011 dengan fakta sekitar 1970an seperti berikut:



1. Periksa penapis udara
CFA: Penapis udara yang bersih dapat menjimatkan pengunaan bahanapi sebanyak 10%, dan satu setiap empat kereta memerlukan penggantian penapis udara yang baru. Ini dapat memanjangkan jarak perjalanan melebihi 30km bagi setiap gelen pada tangki minyak biasa.
AutoWeek: Benar. Sekiranya penapis udara anda sangat kotor hingga menyekat laluan udara seperti yang dicadangkan CFA, berkemungkinan tayar anda juga separuh kempes, tidak pernah tukar minyak pelincir selepas perjalanan 60,000 km dan mengisi minyak lebih RM15 setiap isian. Jadi penapis udara kotor adalah perkara yang diberi perhatian rendah.
2. Luruskan penjajaran tayar
CFA: Penjajaran tayar yang senget boleh menyebabkan tayar haus sebelah lebih cepat dan memaksa enjin bekerja lebih keras dan mengguna lebih bahanapi. Penjajaranyang baik dapt menjimatkan bahanapi sebanyak 10%.
AutoWeek: Pernah melihat ketam berjalan menyusuri lebuhraya antara negeri? Terima kasih frame yang bengkok, inilah kereta yang akan dapat jimatkan 10% bahanapi jika penjajarannya lurus.

3.Selaraskan enjin
CFA: Enjin yang diselaraskan mampu memanjangkan perjalanan sebanyak 4%.
AutoWeek: Jika anda telah melangkaui servis berkala, cepat hantarkan ke pusat servis. Tetapi kebanyakan kereta yang dibina 5 tahun kebelakangan ini mempunyai jarak servis berkala yang sangat panjang. Ikut saranan pengeluar kereta anda.
flatten tyre 300x225 Tips di pagi Jumaat : Jimat minyak
4. Isikan angin tayar
CFA: Lebih suku dari kereta dijalanraya bergerak dengan angin yang kurang. Purata angin kurang sebanyak 7.5 pound menyebabkan kehilangan 2.8% efesyen bahanapi.
AutoWeek: Kami tak pasti matematik yang digunakan, tapi kami tidak membantah akan hal ini. Peranti ukur tekanan tayar perlu ada dalam kotak peralatan anda.
applyBrakePedal Tips di pagi Jumaat : Jimat minyak
5.Jangan pijak pedal brek semasa memandu
CFA: Memandu dengan meletakkan kaki pada pedal brek bukan sahaja menghauskan ped brek tapi juga meningkatkan penggunaan minyak.
AutoWeek: Adakah orang yang berbuat begini?

sumber dari blogkereta.
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini