:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, October 2, 2011

Bahagian Yang Sangat Berguna

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling berguna. Aku selalu menduga dengan jawapan yang aku anggap benar.

Aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia. Jadi aku jawab, ‘’telinga, bu.’’ ‘’Bukan. Banyak orang yang tuli.’’ ‘’Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita.’’ Beliau memandangku dan berkata, ‘’Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana banyak orang yang buta.’’

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru. Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya masih belum memuaskan.

Akhirnya beberapa waktu yang lalu, salah seorang keluargaku meninggal. Semua keluarga sedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku sangat ingat itu kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika itu . .

Beliau bertanya padaku, ‘’Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling berguna sayang?’’ Aku terkejut ketika ibu bertanya pada saat seperti ini. Beliau melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, ‘’Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar hidup. Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, ibu selalu berkata kamu salah dan ibu telah memberitahukan kamu kenapa.

‘’Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting dan berguna adalah bahumu. Kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu punya bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya.’’

Akhirnya aku tahu, bahagian tubuh yang sangat berguna adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kita katakan . . . apa yang kita lakukan . . . Tapi, TIDAK akan pernah lupa bagaimana kita membuat mereka bererti.

wALLAHu ‘a’alam~ 


sumber dari http://virtualfriends.net oleh nur_86
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini