:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, February 20, 2012

Apa Yang Menghalang Kejayaan Orang Melayu?


Petikan dari kata2 saudara Hairul Nizam... 

1. MEMANDANG RENDAH DAN TAK YAKIN PADA BANGSA SENDIRI
- Tanpa kita sedari kita sering kali memandang rendah akan keupayaan bangsa sendiri.bilamana seorang melayu menjalankan perniagaan atau membuat sesuatu selalunya kita tak ambil pusing dan sering kali berkata ..'ALAH TAK KEMANA PUN TU `. 

Jika sikap inilah yang kita terusa amalkan memang tak kemana pun kita. Sepatutnya lah kita membantu dan memberi sokongan kepada bangsa sendiri . Cuba kita bandingkan bangsa ain..cina umpamanya yang memang berjaya mendominsi ekonomi negara kita, pernah kita lihat orang cina memperlekehkan kaumnyaadakah sering kita lihat perniagaan kaum cina gagal..sudah tentu tidak..kerana mereka bersikap membantu sesama mereka..lihat sajalah kaum cina dengan pendidikan rendah pun pun mereka boleh menjadi tauke..kenapa tidak kitaKekadang kita lihat kaum cina menjalankan perniagaan yang kita sendiri merasa pelik dan tak yakin akan berjaya ..tapi tengok akhirnya mereka berjaya..sebagai contoh perniagaan pakaian anak patung.. perniagaan sewaan kostum kanak-kanak.


2. LEBIH PERCAYA PADA BANGSA LAIN 
- Orang melayu kebanyakan lebih suka berurusan dengan bangsa lain dari bangsa sendiri . Yang paling menyedihkan walau sebaik mana pun projek atau perniagaan yang orang melayu lakukan , memang sukar mendapat sambutan bangsa sendiri ..alasannya melayu ni memang susah nak berjaya. Kalau begini sikap kita terhadap bangsa sendiri sampai bila pun kita tak akan mampu menguasai ekonomi negara kita .Sekarang ini orang melayu hanya menjana kurang dari 15% dalam ekonomi negara.

Sedihkan memang menyedihkan. Tapi itulah satu hakikat pahit yang terpaksa kita akui.yang peliknya orang melayu mudah mempercayai sesuatu perkara atau perniagaan dari bangsa lain tanpa menyelidiki dan mempersoalkan kesahihan serta keuntungan yang akan kita perolehi itu benar atau tidak, tetapi cubalah kalau produk atau perniagaan dari orang melayu..sehari semalam tak akan cukup diperlukan untuk orang melayu mempertikaikan dan memperlekehkan kaumnya itu sendiri.

Kadangkala idea yang diperkenalkan oleh bangsa asing itu sama dengan idea si polan berbangsa melayu ni tapi malangnya dia tak dapat sambutan bangsa sendiri.

3. SIKAP BERTANGGUH 
- Orang kita ni sejak berzaman memang suka bertangguh..sikap takpe lah..biarlah..pergi dulu lah ..akhirnya bila keadaan dah betul-betul terdesak barulah tergesa-gesa nak bermula . contohnya perniagaan yang berasakan MLM . Kajian mendapati 20 tahun dari sekarang 70 peratus perniagaan nanti akan berteraskan dan berdasarkan MLM. . Ada beberapa syarikat MLM melayu ditubuhkan tapi akhirnya tersungkur kerana tiada sokongan dari bangsa sendiri.mereka lebih suka menyertai dan mengkayakan bangsa lain betapa kita telah dibutakan dengan kesenangan yang tak seberapa oleh bangsa asing ..sedangkan mereka memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. Sedih..dan pilu bangsa melayu membunuh ekonomi bangsa sendiri. 

4. DENGKI 
- Orang melayu sering tak lari dari sifat dengki dan irihati. Bila kawanya berniaga dia berniaga..kawan jual tom yam dia jual tom yam akhirnya keduanya berkubur.kenapakah kita tak cuba mencari kelainan dalam bidang perniagaan..lebih bersifat nak menjatuhkan kawan dari sama-sama berjaya. .Saya merayu dan menyeru lenyapkanlah sifat2 ini demi kejayan bangsa kita orang melayu.

5. HANYA PANDAI MENGKRITIK TANPA MELAKUKAN SESUATU YANG MEMBANTU 
- Kalau bab mengkritik memanglah orang kita juara ada saja yang tak kena dimata nya. Contoh..kereta nasional masa menggunakan kereta proton tak pernah pun kutuk ..tapi bila dah kaya sikit pakai kereta import , berguni dia kutuk kereta sendiri... beginikah bangsa melayu yang kononya patriotic dan cintakan nusa bangsa.. macamana kereta nasional nak bertambah maju dari segi kualiti dan pembangunanya kalau tiada sokongan bangsa sendiri..cuba kita tengok orang jepun dan korea ada mereka pernah mengkritik kereta , barangan buatan negara mereka.

Memanglah dari segi dasar kita masih muda banyak perlu di perbaiki. Begitu juga dalam segi ekonomi dan perniagaan ..asal perniagaan tu milik orang melayu pasti teruk dikritik..tapi bila dah betul-betul berjaya dipuji pula..pelik tapi benar tu lah bangsa kita. Kenapa tidak kita mengambil iktibar dari dasar pandang ketimur yang telah lama diamalkan..contohi masyarakat jepun dan korea..banggakan dan menyokong penuh perniagaan dan produk sendiri. 

6. TIADA SOKONGAN BANGSA SENDIRI. 
- Orang kita memang hebat..tahukah kita kita mampu menaikkan dan menjatuhakan sesuatu perniagaan. Bila sebut sebab cintakan NUSA BANGSA..PATRIOTIK ..waaaah dengan gahnya melayu berkata akulah penegak kedaulatan bangsa dan negara. Tapi cuba kita fikirkan balik untuk apa..kita pertahankan negara demi kemakmuran bangsa lain..dari segi ekonomi ..kenapa tidak jua kita bangkitkan kesedaran PATRIOTIK ekonomi sama sebagaimana kita perjuangkan kedaulatan tanah air.. Jadi kenapa kita masih teragak-agak membantu anak bangsa sendiri dalam perniagaan atau apa jua bentuk program pembangunan yang mana akan sama kita kecapi kemakmurannya.



0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini