:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, January 3, 2012

Bersediakah Kita Memberi Kemaafan...


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah,dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya walaupun ianya hanya masaalah yang kecil sahaja. Pada suatu hari bapaknya telah menghadiahkannya dengan seguni paku ... " untuk apakah paku-paku ini ayah " tanya pemuda itu.
" Setiap kali kamu marah,kamu pakulah setiap tembok batu di hadapan rumah kita ini,bagi melepaskan kemarahan mu " jawab ayahnya "..Pada hari yang pertama sahaja pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut.









Selepas beberapa minggu,dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.Akhirnya tibalah pada suatu hari..di mana pemuda tersebut tidak marah lagi walau pun sekali.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu,pada setiap hari yang ia lalui tampa kemarahan.Hari berganti hari..dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku itu lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan bangga.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut sambil berkata " anakku... kau telah melakukannya dengan baik..tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu ini..tembok ini tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya..apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah..ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka..sama seperti ini.Kau boleh menikam atau membunuh seseorang... tetapi ingatlah anakku... ... .tak kesahlah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal akan perbuatan mu itu,namun lukanya masih tetap ada..luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal ".

Sahabat atau teman-teman adalah permata yang sukar di cari.Boleh dikatakan saban hari jika bersua dan berjenaka,merekalah yang sering membuatkan kita ketawa dan gembira,tidak di nafikan terdapat juga sahabat atau teman-teman yang menggalakan kita kearah kejayaan.Sahabat atau teman-teman juga adalah seorang pendengar..berkongsi suka-duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Tunggu apa lagi detik demi detik usia muda semakin meninggalkan kita... ... ... ... ... ... ...
" Maafkanlah Sahabat atau Teman-teman Sekiranya Ada Diantara Mereka Yang Pernah Meninggalkan Kesan Berlubang DiDinding Hati kita "...



sumber dari http://virtualfriends.net oleh EvoX8543

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini