:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, February 2, 2012

Bila diri bangun di pagi hari ...

Artikel ini dikongsi oleh




Bila diri bangun di pagi hari ...

titipkanlah rasa syukur di hatimu kepada Allah ... ya Allah, terima kasih kerana menghidupkan lagi aku hari ini. Lantas ucapkanlah doa warisan Junjunganmu SAW; “segala puji bagi Mu ya Allah yg masih menghidupkan aku selepas kematianku dan hanya kepada Mu tempat aku kembali ... "

Bila diri bangun di pagi hari...

Bangkitlah dengan rasa kerdilnya diri kepada Allah ... dengan izinNya engkau mampu bangun untuk meneruskan lagi kehidupan. Sucikanlah hati dan zahir dirimu dengan berwuduk... rebutlah peluang di akhir sepertiga malam untuk sujud kepadaNya ... . meraih kasih jua rahmatNya ... moga dipimpin hidupmu di dunia.

Bila azan bermandang...

Bersegeralah wahai diri ... tunaikanlah kewajipanmu... hadapkanlah diri beserta hatimu kepadaNya... dengan penuh rasa kerdilnya diri, lemahnya diri ini ya Allah... .sedarilah hakikat dirimu sebagai hambaNya ... dan ketahuilah sesungguhnya solatmu di pagi ini disaksikan oleh para malaikat. Lalu di sujud yang terakhir, mohonlah kepada Allah ... semoga dosa-dosamu diampun olehNya , semoga hatimu tidak akan goyah dengan dunia. Mintalah kekuatan kepada Allah utk menghadapi hidup seharian ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, moga bertambah sifat kehambaan dalam dirimu ... moga kan bersinar cahaya imanmu.

Bisikkanlah jua di hati nuranimu ...

Rasa pengharapan agar diberi nusrah dalam menjaga kewajipanmu ... bersegera dalam menunaikan solat beserta rasa khusyuk dan takut kepadaNya semata ... dimudahkan dalam melakukan amal soleh sebagai bekalmu apabila tiba hari pertemuan denganNya di akhirat nanti. Mohonlah perlindunganNya agar dijauhkan dirimu daripada hasutan dan bisikan syaitan laknatullah, kejahatan manusia yg tidak beriman dan keburukan sifat mereka yang munafik... dan merintahlah lagi kepada Allah... berilah kekuatan kepada dirimu dalam melakukan amal bakti terhadap orang tuamu dan kaum kerabatmu, moga terpelihara lidah jua tanganmu daripada menyakiti hamba-hambaNya ... .dan mintalah kepadanya hati yang cekal dan tabah ... moga kuat semangatmu dalam bermujahadah .. moga tidak luntur roh perjuanganmu dalam membela agamaNya…

Dan insafilah wahai diri...

tidak ada yang lebih berharga selain daripada redhaNya, tidak ada yang lebih bahagia selain daripada cintaNya dan tidak ada yang lebih bermakna dalam kehidupan di dunia ini selain hidayah jua pimpinanNya ...

Islam is the way of life...

Ujar Saidina Umar Al-Khatab: "Tidak akan kamu berasa gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang dicari."

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini