:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Wednesday, February 1, 2012

Sendiri Lebih Baik Jika Tiada Sahabat Setia

Artikel ini dikongsi oleh
.


ILMUAN Islam yang terkemuka dengan sifat ketakwaan dan zuhud, Imam Syafie, meninggalkan pesanan untuk seseorang yang mencari sahabat sejati. Katanya: "Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

"Aku selalu berdoa semoga dikurniakan sahabat sejati yang setia, sama ada dalam keadaan susah atau senang. jika itu aku temui, aku berjanji akan selalu setia kepadanya. Oleh itu, kuhulurkan tangan kepada sesiapa saja untuk berkenalan, kerana aku berasa bahagia.


"Semakin ramai aku mendapat sahabat, semakin aku percaya kepada diriku sendiri, baik daripada bergaul dengan orang jahat. Jika tidak kutemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri. "Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkan daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti berwaspada dengan  kejahatan mereka.


"Ingatlah wahai saudaraku, tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua, semakin sukar aku menemui sahabat sejati 
 di dunia ini . Kutinggalkan orang jahat kerana banyak kejahatannya dan kujauhi sesetengah orang  berkedudukan kerana kebaikannya sedikit,


"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuh ku lalu di depanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.

"Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatan ku kepada orang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silatulrahim.



"Selamatkanlah dirimu. Jagalah lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu.
"Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya.
"Berpisah denganmu bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran, meski pun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya. Tidak semua orang yang kau sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap biadab.


"Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak mempedulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit. "Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak ada lagi sahabat jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya engkau beroleh kemuliaan hidup di dunia ini."
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini