:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Wednesday, February 1, 2012

Persahabatan

Artikel ini dikongsi oleh




PERSAHABATAN mempunyai kesan yang cukup mendalam pada seseorang. Baik rakan, baiklah pekerti seseorang itu. Jahat rakannya, rosaklah budinya. Sahabat juga boleh dijadikan cermin mengimbas pekerti seseorang itu.
Luqman Al-Hakim berpesan, apabila engkau ingin mencari teman sejati, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya.
Perbaikilah juga tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
Dalam bersahabat juga, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian atau menagih sanjungan daripada orang lain, kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.
Usahakanlah juga supaya mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
Untuk disayangi, jadilah insan yang penyayang. Siapa yang suka berdiam diri sudah tentu selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun dan barang siapa tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, tentu dia akan menyesal.

Bersahabatlah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.
Janganlah engkau bertemankan orang bodoh serta mereka yang talam dua muka kerana ia akan membahayakan mu.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini