:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, January 19, 2012

Cincin

Artikel ini dikongsi oleh



Dari mula lagi, keluarga gadis itu melarang keras hubungan nya dengan lelaki itu. Kata mereka, larangan itu ada kaitan dengan latar belakang keluarga dan jika gadis tersebut berkeras juga untuk meneruskan, dia akan menderita sepanjang hidupnya.

Akibat tekanan keluarga, pasangan itu kerap bertengkar. Walaupun gadis itu menyayangi lelaki itu sepenuh hatinya, dia kerap bertanya, "Berapa dalam cinta kau pada aku?"

Tetapi, lelaki itu bukanlah seorg yg pandai bermain kata2, ini menyebabkan gadis itu sentiasa bersedih. Oleh kerana itu, ditambah dengan tekanan keluarga, gadis itu kerap melepaskan berang nya kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya mampu bertahan dan menerima dengan senyap.

Setelah beberapa tahun, lelaki itu berjaya menamatkan pengajiannya dan mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya di luar negara. Sebelum berangkat, dia melamar gadis tersebut, "Aku tak pandai berkata2. Tapi apa yg aku tau, aku cinta kan kau. Jika kau sudi, aku ingin menjaga kau sepanjang hidupku. Aku akan buat sebaik mungkin untuk menerangkan kepada keluarga kau. Sudikan kau mengahwini ku?

kesungguhan lelaki itu, keluarga gadis itu mengalah dan setuju untuk membenarkan anak gadis mereka mengahwini lelaki itu. Jadi, sebelum lelaki itu berlepas ke luar negara, mereka ditunangkan.

Semasa lelaki itu di luar negara meneruskan pengajian, gadis itu mula bekerja. Mereka meneruskan percintaan mereka menerusi email dan telefon. Walaupun susah, kedua2 mereka tidak pernah terpikir untuk berputus asa.

Satu hari, semasa gadis itu menuju ketempat kerja, dia telah dilanggar kereta yg hilang kawalan. Bila dia tersedar, kedua ibubapa nya berada disisi katilnya. Dia sedar yang dia cedera parah. Melihat ibunya menangis, dia ingin menenangkan nya. Tapi dia sedar apa yg keluar dr mulut nya hanya lah keluhan. Dia telah kehilangan suaranya... .

Doktor memberitahu bahawa gegaran pada otaknya menyebabkan dia kehilangan suara. Mendengar pujukan ibubapanya, tapi tidak dapat berkata2, dia hanya mampu menangis.

Semasa di hospital, hanya tangisan sepi yang menemaninya. Bila dia dibenarkan pulang, semuanya seperti biasa. Yg berbeza adalah deringan dr telefon. Deringan itu menusuk ke dalam hatinya setiap kali ia berdering. Dia x mahu kekasih nya mendapat tahu dan oleh kerana tidak mahu menjadi beban kepada nya, dia telah menulis surat mengatakan dia sudah tidak boleh menunggu lelaki itu lagi.

Bersama surat itu, dia turut memulangkan cincin tunang mereka. Lelaki itu menghantar berjuta2 balasan, dan tidak terkira panggilan telefon telah dibuat... apa yg dpt gadis itu lakukan adalah menangis...

Ibubapa gadis itu mengambil keputusan untuk berpindah dengan harapan anak mereka akan melupakan segala2nya dan hidup bahagia.

Dalam suasana baru, gadis itu belajar bahasa isyarat dan memulakan hidup baru. Setiap hari dia memberitahu dirinya supaya melupakan kekasih nya. Satu hari, kawan nya datang dan mengkhabarkan akan kepulangan kekasih nya. Dia meminta kawannya untuk tidak memberitahu lelaki itu apa yang telah terjadi. Sejak itu, tiada lagi berita mengenai lelaki itu.

Setahun telah berlalu, kawan nya datang lagi dengan sekeping sampul surat yang mengandungi jemputan kawen lelaki itu. Hati nya hancur. Bila dia membuka, dia dapati namanya yang tercatat pada kad tersebut.

Apabila dia ingin bertanya kawannya apa yang sedang berlaku, dia ternampak lelaki itu berdiri dihadapannya. Dia menggunakan bahasa isyarat untuk berkata, "AKu mengambil masa setahun untuk belajar bahasa isyarat ini. Hanya supaya kau tahu aku tidak pernah melupakan janji ku. Berilah aku peluang menjadi suara kau. Aku cinta kan kau. Dengan itu, dia menyarung semula cincin kejari gadis itu. Gadis itu akhinya tersenyum... .
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini