:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Thursday, January 19, 2012

Wanita, Bangkitlah Dari Kesedihan!

Artikel ini dikongsi oleh


Wanita makhluk istimewa ciptaan tuhan yang memiliki pelbagai rasa. Wanita, disaat ini kebanyakkannya harus berkerja keras untuk diberi penghargaan yang sewajarnya.

Hanya padaNYa bermohon 249x300 Wanita, Bangkitlah Dari Kesedihan!.
Sebenarnya, kita harus berfikir tentang baik buruknya suatu hal yang sedang dan akan berlaku di hidup kita.
Bila dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya,  perkara itu tak sepenuhnya benar.
Meskipun kadangkala,  mengalami kerumitan dalam hidup yang menimbulkan perasaan down. Namun jika diteliti lagi, hidup ini terlalu singkat untuk  rumitkan.
Wanita selalu dilanda perasaan sedih dan sebagainya.

Lebih – lebih lagi, bila kejenuhan hati sedang melanda. Perlukan waktu – waktu tertentu untuk kita berehat sejenak. Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.
Jalanilah  sesuatu dengan sesederhana yang mungkin dan janganlah terbuai dengan perasaan.  Wanita selalu menjadi mangsa dari buaian perasaannya sendiri. Perkara ini boleh, tetapi janganlah berlebihan kerana sesuatu yang dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul tak?

Kita harus memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang baik untuk kehidupan kita. Manusia akan bersedih jika tidak dihargai. Kerana itu sifat manusia, yang memerlukan sebuah penghargaan. Tetapi, apa jadi jika perkara yang kita inginkan itu tidak boleh dicapai?
Kalau mengikuti  perasaan, tentu yang dapat adalah kekecewaan dan sakit hati yang ada pada diri. Padahal banyak yang boleh kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.
Percayalah… Keletihan, kerapuhan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya , boleh kita lalui semua. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan air mata. Tidak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.
“Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh 'Aidh Al-Qarni]
Wanita apabila sudah merasa harga diri terlanjur hancur, akibat dari kurangnya penghargaan terhadap diri, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dari kegagalan dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sendiri  sebelum kita ingin dihargai orang lain!

sumber dari pakar cinta
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini