:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, January 30, 2012

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH

Artikel ini dikongsi oleh



Telah diceritakan oleh seorang ilmuwan tentang kisah seorang pegawai tentera yang amat kejam dan terkenal dengan kuku besinya. pada ketika bercetusnya pergolakan kuasa di negeri tempat jeneral itu bernaung, dia telah mengambil kesempatan itu untuk merampas harta-benda rakyat jelata, membakar kampung-kampung dan membunuh sesiapa sahaja yang cuba hendak menentangnya. pada suatu hari dia telah membunuh seorang lelaki dan isterinya dengan kejam dan sadis sekali, merompak harta-benda mereka, merogol si isteri dan akhirnya membakar pula rumah mereka sehingga tinggal debu sahaja. tapi beliau sengaja membiarkan satu-satunya anak lelaki pasangan tersebut yang telah menyaksikan semua kekejaman jeneral itu dgn mata kepalanya sendiri. lalu, timbullah rasa benci yang meluap-luap oleh si anak itu terhadap si jeneral, dan rasa bencinya itu bertukar menjaidi dendam. 

tetapi, akhirnya negeri itu kembali aman. dan jeneral itu ditangkap oleh penguasa dan dibicarakan secara adil. beliau dihukum penjara sehingga ke hari tuanya. dan apabila beliau genap berusia delapan tahun, beliau pun dibebaskan. beliau sudah kehilangan segala-salanya, harta-benda, rumah, tanah, keluarga. lalu merantaulah beliau kesana ke mari mencari tempat berteduh, tapi beliau dimaki dan dicaci oleh penduduk-penduduk negeri yang pernah merasai kekejamannya. 


si budak lelaki yang penuh dendam itu kini sudah membesar menjadi seorang lelaki dewasa. lalu apabila mengetahui yg jeneral itu sudahpun dibebaskan, lalu pergilah dia mencarinya. dan bertemulah dia dgn lelaki tua itu di pinggir sebuah hutan dgn badannya luka-luka akibat dilontar batu oleh penduduk kampung. keadaannya amat daif, tak ubah seperti seorang pengemis layaknya. dia sudah berhari-hari tidak makan. kemana-mana dia pergi dia akan dicaci dan dimaki, delontar dengan batu-batu tajam dan adakalanya dia akan disimbah dgn air apabila sedang tidur di jalanan pd waktu malam. tapi dia cepat mengenalinya. "adakah engkau budak lelaki yang aku tinggalkan di tengah2 hutan setelah aku membunuh keluargamu?". pemuda itu menggangguk. "adakah kau kemari untuk membalas dendam terhadapku?". 



Pemuda itu terdiam seketika. dihatinya terbit rasa kasihan pada jeneral. dia tidak sanggup membunuh jeneral yang lemah itu sedangkan suatu ketika dulu jeneralnya telah membunuh ayah ibunya. jeneral itu pula amat berharap yg pemuda tadi akan membunuhnya kerana dia sudah tidaka tahan menanggung derita akibat ditekan oleh orang-orang yg pernah ditindasnya. baginya kematianlah yg dapat menamatkan semua keengsaraas ini. "tidak, aku kemari untuk memaafkan kau", kata pemuda itu. 

Jeneral itu terkejut dan terharu mendengar kata-kata pemuda itu. dia berasa amat menyesal di atas perbuatannya itu. dia menangis mengenangkan dosa-dosa lamanya. pemuda itu meninggalkan dia di pinggir hutan itu. selepas dia beredar pergi, datanglah sekumpulan penduduk kampung dan jeneral itu pun mati dibunuh oleh mereka semua dalam keadaan yang amat mengaibkan. kesimpulannya, biarlah Allah sahaja yang membalas segala perbuatan orang terhadap kita 
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini