:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, January 30, 2012

Mutiara Kata, Permata Kehidupan

Artikel ini dikongsi oleh




1. Hati Lelaki

Ramai wanita yang meminjam hati laki-laki; tapi sangat sedikit yang mampu memiliknya.

2. Dua Hati

Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar

3. Sikap Manusia

Jauhkan aku dari manusia yang tidak mahu menyatakan kebenaran kecuali jika ia berniat menyakiti hati, dan dari manusia yang bersikap baik tapi berniat buruk, dan dari manusia yang mendapatkan penghargaan dengan jalan memperlihatkan kesalahan orang lain.

4. Sahabat

Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pula lah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

5. Wanita

Seorang wanita telah dilengkapi oleh tuhan dengan keindahan jiwa dan raga adalah suatu kebenaran, yang sekali gus nyata dan maya, yang hanya bisa kita fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa kita sentuh dengan kebajikan.

6. Cinta dan Airmata

Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.

7. Puisi

Puisi bukanlah pendapat yang dinyatakan. Ia adalah lagu yang muncul daripada luka yang berdarah atau mulut yang tersenyum.

8. Cinta Lelaki

Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan. Yang pertama adalah perempuan dalam imaginasinyadan yang kedua adalah yang belum diketemuinya.

9. Atas Nama Cinta

Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tidak pernah ada , cinta tidak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.

10. Penyair

Penyair adalah orang yang tidak bahagia. kerana betapapun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata

11. Cinta
Salahlah bagi orang yang mengira bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan yang terus menerus. Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia tak akan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad





kredit : yasmin2881


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini