:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, January 27, 2012

Sekadar Renungan Kita Bersama

Artikel ini dikongsi oleh



" Tuhan Yang Maha Pemurah telah menciptakan kita ikan-ikan di sungai dan lautan, tetapi kita harus mengail mahupun memukat utk mendapatkannya. Demikian juga jika kamu terus menunggu waktu yang tepat ,mungkin kamu tidak akan pernah bermula. Mulailah sekarang !mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya.

Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai,ttapi sedarilah bahawa cintalah yang memilih kita utk mencintainya. Perkahwinan memang memiliki banyak kesusahan,tetapi kehidupan bujang tidak memiliki kesenangan. Buka mata kamu lebar-lebar sebelum menikah dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.

Menikahi wanita atau lelaki kerana kecantikan atau ketampanannya, sama seperti membeli rumah kerana lapisan catnya. Harta milik yang paling berharga bagi seorang pemuda di dunia ini adalah hati seorang wanita. Begitu juge persahabatan. Persahabatan adalah satu jiwa dalam dua raga. Persahabatan sejati tidak ubah seperti nikmat kesihatan yang baik,nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adalah insan yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa bait-baitnya. Sahabat umpama 'tangan Tuhan'untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain. Menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan di kala kamu senang dan perisai di waktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kamu mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya. Tetapi……..semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak biasa melihat kedua-duanya sekali.

Begitu juga dengan kebijaksanaan. Kebijakan itu seperti cairan yang mana kegunaannya terletak pada penyerapan yang benar. Orang pintar sekalipun akan gagal apabila mereka memikirkan terlalu byk hal. Sedangkan orang bodoh seringkali berhasil dengan melakukan tindakan tepat. Dan bahawasanya, keintelektualan sejati tidak datang dari pemikiran kita semata-mata tetapi turut bersandarkan pada perasaan dan fakta.

Tak seorang pun sempurna, bukan? Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah seorang yang bijak. Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Apa yang berada dibelakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam diri kita sndiri.

Kita tidak berupaya utk megubah masa lalu tetapi sesungguhnya, dapat menghancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan. Bila kita mengisi hati dengan penyesalan untk masa lalu dan kebimbangan utk masa-masa yang akan datang, percayalah!.. Kita tidak memiliki hari ini untuk disyukuri. Justeru,jika kamu terfikir tentang hari kelmarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut bererti kamu sudah berada di jalan yang benar menuju kejayaan."-



RENUNGAN DARI Emieslah
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini