:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, January 27, 2012

Bagaimana utk Menarik minat Si Dia


Saya nak menyentuh masalah jati diri ramai di kalangan kita yang merasa rendah diri sebab menjadi seorang yang ‘single’. Bila menjadi seorang teruna yang single atau gadis yang single, sebenarnya kita tak perlulah merasa rendah diri.
Sebab, masa single ni le  kita kena gunakan untuk perbaiki diri sendiri – perbaiki diri dari segi penampilan, pemakaian, gaya percakapan, kerjaya, kewangan, ibadah dan kekeluargaan sebelum kita ditemukan dengan jodoh kita, sebelum kita dinikahkan secara sah. Allah swt dah sediakan jodoh untuk kita. Paling penting, kita kena perbaiki diri kita ni dulu dalam segala aspek, iaitu aspek-aspek kehidupan yang saya katakan tadi.
Setiap kali saya bangun pagi, saya memasang tekad untuk memperbaiki diri sendiri secara berterusan. Dalam English ia dipanggil Constant and Never Ending Imporvement (CANi). Falsafah ni dipelopori oleh Anthony Robbins. Bila kita kuatkan tekad untuk memperbaiki diri sendiri, perkara-perkara lain akan diatur untuk menjadi baik agar sesuai dengan diri kita.
Maksudnya, bila kita membentuk diri sendiri agar menjadi baik, persekitaran kita akan mengatur dengan sendirinya untuk menjadi baik, sesuai dengan sikap kita. Alam semesta amat ‘friendly’. Tugas Anda sekarang adalah untuk meneliti mana-mana aspek hidup Anda yang perlu diperbaiki kemudian tekadlah untuk memperbaikinya sebaik mungkin, sebagus mungkin.
Tulis dan fikir, selepas tu bertindaklah memperbaikinya.
Bagi saya, saya mahu terus menerus memperbaiki diri dalam aspek ibadah, ilmu, kemahiran, kewangan dan kekeluargaan. Saya amat bersyukur sebab dari blog iMotivasi ni saya berkenalan rapat dengan ratusan orang yang mahu memperbaiki diri sendiri. Ada yang banyak melakukan kesilapan di masa lalu, ada yang melakukan beberapa kesalahan berat di masa lalu. Saat ini dan waktu ini adalah peluang yang sesuai untuk kita bersama-sama memperbaiki diri.
Cinta sebenarnya indah.
Cinta adalah pencetus motivasi yang paling kuat. Saya mengaku setiap hari saya banyak kaliterserempak dengan gadis-gadis cantik, manis dan sering tersenyum pada saya. Orang senyum ngan kita, kita terima dan balaslah balik. Pada saya tu rezeki saya, pembakar semangat di waktu pagi.
Hingga saya tertanya-tanya, hensem sangat ke saya ni?
Itulah bukti yang menyatakan, apabila hati sudah dipenuhi cinta, maka ia akan cepat menarik lebih banyak cinta datang pada Anda. Ia datang tanpa disangka-sangka, semuanya berlaku secara kebetulan. Saya merasa amat bertuah!
Owh, jangan bersangak buruk! Saya bukanlah playboy atau lelaki jalang, atau seorang Muslim yang kurang cemerlang. Tapi, saya cuma praktikkan apa yang saya baca dari berbagai buku motivasi dan berbagai laman web yang saya jumpa. Saya terserempak dengan ramai gadis-gadis manis sebab saya menarik mereka menggunakan Law Of Attraction, kuasa minda dan gambaran visualisasi.
Apa yang kita selalu fikirkan, itulah yang ditarik datang pada kita.
Ini bukan sekadar cakap, saya dah banyak kali melaluinya. Dari situlah saya berani berkata, apa saja boleh terjadi. Anything is possible!
Mereka menjadi rakan-rakan saya kerana hati saya mahu bersahabat dengan gadis-gadis manis ni, bukan untuk menguasai mereka, menarik perhatian mereka atau mengurat mereka untuk dijadikan kekasih saya. Bukan. Niat akan menentukan hasil (output) perbuatan kita.
Just be yourself, right? Maka itulah yang saya lakukan. Saya tak pandai mengurat, tapi saya pandai bersahabat. Saya mahu mereka merasa selesa berkenalan dengan saya.
Sebelum ni saya memang ada menulis ciri-ciri gadis idaman yang saya mahukan. Pertama, dia mestilah bertudung. Kedua.. (ops..hal ni terlalu personal. Mungkin saya akan didedahkan di lain kali). Ketiga, dia mesti pandai memasak sebab saya lelaki yang kuat makan. Syarat wajib ni!
Ciri-ciri tu bukan sekadar diingat dan dibayangkan tapi saya tulis pastu dibaca banyak kali dalam sehari. Jika Anda seorang lelaki bujang dan belum berpunya, nak menarik pasangan idaman terlebih dahulu Anda sendiri kena bersihkan hati, kemudian siraminya dengan cinta.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini