:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, November 22, 2011

Benarkah cinta itu indah?



Benarkah cinta itu indah? Bolehkah sepasang kekasih menghadapi rintangan sepanjang bergelar ?kekasih? tanpa sebarang permasalahan. Cinta itu memang indah bagi orang yang benar-benar menghayati apa itu cinta dan betapa pentingnya cinta itu dalam hidup mereka. Namun bagi kamu yang sering menghadapi masalah dalam percintaannya tak akan merasa betapa indahnya cinta dan tanpa pengetahuan kamu, kamu sedang merosakkan sesuatu perhubungan yang terjalin antara dua insan itu. Setiap insan berpeluang untuk menyintai atau dicintai oleh seseorang tetapi tidak semua yang benar-benar tahu bagaimana untuk menghargai pasangan mereka. 


Jika kita benar-benar sayangkan seseorang dan tak ingin untuk berpisah dengan orang yang kita sayang, hargai dan sayangilah si dia sebaiknya dan sentiasa bertolak ansur dengan si dia. Sesetengah orang menyatakan keinginan mereka tidak ingin berpisah dengan si dia tetapi menunjukkan sikap yang membuatkan si dia berasa tersisih atau si dia merasa tidak di hargai lagi, ini akan menyebabkan perhubungan menjadi renggang dan akhirnya berpisah. Pada masa itu, kedua-dua pasangan akan merasai betapa peritnya perpisahan yang kamu sedang lalui. Ketika itu, barulah kamu akan rasa menyesal kerana tidak menghargai si dia. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. 


Jika si dia ingin kembali semula kepada kamu, itu satu perkembangan yang baik dan sekurang-kurangnya si dia memberi kamu peluang untuk menebus kembali kesilapan yang kamu lakukan terhadapnya dahulu. Bagaimana pula jika si dia tidak mahu mengikat kembali hubungan yang putus itu? Si dia serik dengan apa yang telah kamu lakukan terhadapnya dan mungkin akan mencari peluang ini untuk mencari orang yang benar-benar memahami dirinya dan yang pastinya akan lebih menghargai si dia dari kamu. Bagaimana pula dengan kamu? Hidup kamu bagaikan sampan yang terumbang-ambing tanpa pendayung di tengah lautan. Kesedaran betapa pentingnya cinta dalam hidup seseorang itu perlu hadir dalam diri seseorang sebelum seseorang itu ingin menyintai atau di cintai oleh seseorang. 




Oleh itu, sebelum kita ingin menjalinkan perhubungan secara serius dengan seseorang itu, kita perlu bersedia dengan pelbagai persoalan. 


i) Adakah kita sudah bersedia untuk menjalinkan perhubungan yang serius dengan si dia? 


ii) Adakah kamu bersedia untuk setiap permasalahan yang akan terbit apabila menyintai si dia? 


iii) Adakah kamu sanggup berkongsi masalah dengan si dia? iv) Adakah kamu menyintai dirinya atau ada perkara lain yang mempengaruhi kamu untuk menyintai si dia? Mungkin kerana harta!


 v) Adakah kamu menyintai si dia kerana kecantikan hatinya atau kecantikan dirinya? 


vi) Adakah kamu sanggup menerima si dia andainya si dia tidak sempurna dari segi zahir? Mungkin si dia cacat/tidak seperti apa yang kamu mahukan! 


vii) Adakah kamu bersungguh-sungguh menyintai si dia dan ingin memiliki si dia tanpa sebarang perasaan ragu-ragu? 

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini