:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, November 22, 2011

Perkahwinan Mengikut Islam


Setiap manusia telah dijadikan berpasang-pasangan. Keinginan untuk mempunyai pasangan hidup bukanlah satu perkara yang luar biasa. Ia adalah tuntutan semulajadi fitrah manusia. Oleh itu dalam Islam terdapat beberpa hukum tentang perkahwinan bergantung kepada keadaan dan keperluan seseorang. Pada asalnya hukum perkahwinan adalah harus. Namun ia boleh menjadi wajib atas sebab-sebab tertentu. 

"Sesungguhnya Kami ciptakan lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berpuak-puak, berbangsa-bangsa adalah untuk berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah kamu yang paling bertakwa." (Al-Hujurat: 13) 

Awal perkahwinan semuanya indah belaka. Masing-masing berusaha menjadi isteri dan suami soleh. Segala perkara boleh dirunding. Tetapi apabila selepas 5 tahun berkahwin, ada yang sudah bertukar. Kemanisan rumah tangga dirasakan pahit. Keriuhan suara anak-anak dirasakan menganggu ketenangan. Suara isteri yang dulunya merdu, dirasa bagai halintar. Perasaan kasih sudah berkurang. Maka bermula operasi mencari calon baru buat penawar tekanan dalam rumah tangga. Pada pasangan baru berbagai-bagai keburukkan isteri diluahkan. Hal luar dan dalam rumah tangga disingkap. Lalu akibat kesian dan simpati, mereka menjadi pasangan sejoli. 

Apabila isteri mendapat tahu?baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Mula berdalih-dalih ingin menutup kesalahan. Isteri yang sekian lama terluka menyinga akibat sikap si suami yang lupa daratan. Lantas suami yang dulu disanjung dan disayangi didera dengan kejam. Baik penderaan fizikal mahupun penderaan mental. Ada yang memotong kemaluan suami. Ada yang menyimbah minyak panas dan ada yang menetak suami dengan parang pemotong daging. Inilah akibat apabila pasangan berlaku curang. Tidak kurang juga yang merendah-rendahkan suami di hadapan orang lain. 


Sebenarnya mengimarah dan membahagiakan sebuah rumah tangga adalah bergantung kepada sikap kerjasama suami isteri yang dapat melahirkan persefahaman antara keduanya berteras kepada nilai-nilai agama dan mempunyai harga diri. Masing-masing sentiasa ingin dan bercita-cita menjauhi keburukan dan kejahatan hasil dorongan iman dan sifat takwa. Kedua-dua pasangan berasa bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan tugas masing-masing demi membangunkan keluarga di samping mendapat bimbingan dari al-Quran dan sunnah Nabi yang amat berkait rapat dalam menentukan kesejahteraan sesebuah keluarga. 

Nafsu yang terdidik mematuhi syariat akan tunduk kepada nilai-nilai kebaikan serta tidak mendorong manusia melakukan perkara-perkara keji dan mungkar. Dengan ini sesebuah keluarga itu akan lebih terpelihara daripada sebarang unsur penderaan terhadap ahli-ahli keluarga sama ada terhadap isteri, suami ataupun anak. ?Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu daripada azab api neraka.? (At-Tahrim:6) 
Nabi Muhammad saw bersabda: ?Orang mulia antara kamu adalah mereka yang berlaku baik kepada keluarganya, sebab aku sendiri pun berlaku paling baik terhadap keluargaku sendiri.?


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini