:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Wednesday, November 23, 2011

Dilema Sesetengah Bakal Pengantin



Ingin saya ketengahkan tentang tren masa kini akan perjalanan semasa perminangan, persiapan pernikahan dan persandingan. Dari kacamata saya, ini semua akan disalah erti oleh generasi yang akan datang bahawa menjadi materialistik dapat meningkatkan status diri mereka dan bukanlah adat dan sopan santun yang menjadi ukuran kepada diri seseorang. Di sini saya (bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi) akan meluahkan dilema sesetengah bakal pengantin untuk dijadikan ikhtibar semua.

Wang hantaran menjadi satu isu kebanggaan kini untuk dibanding-bandingkan antara keluarga- keluarga masyarakat Melayu setempat. Status keluarga, kelulusan, pekerjaan, paras rupa perawan yang diminang menjadi ukuran ketika meletakkan harga. "Market price" hari ini adalah 5 ribu ringgit ke atas.

Jika pihak lelaki menyatakan wang hantaran di bawah kemahuan mereka, kasihan lelaki itu akan "dicap" kedekut. Juga pelbagai komen yang diberi. Tidakkah mereka sedar akan perbuatan mereka itu adalah memalukan seakan "menjual ikan di pasar"?Dan tidakkah wang hantaran itu mengikut kemampuan lelaki tersebut?


Di atas katil pengantin, dipamer segala barangan untuk suami tersayang yang akan ditukar selepas selesai majlis pernikahan. Dari tas tangan ke kasut ke baju, semuanya berjenama hebat. Begitu juga dengan pakaian nikah ditempah khas dari butik- butik baju terkenal supaya kelihatan "glamour". Tidak lupa, cincin berlian beribu ringgit menjadi tontonan ramai. Ini semua supaya tidak dikata kolot atau tidak mengikut perkembangan terkini oleh insan sekeliling.

Mengapa harus membazir? Mungkinkah barangan ini dipakai atau diletak ke tepi setelah selesai majlis?Mengapa tidak menuruti yang wajib tertera di dalam Islam? rumah dihiasi seakan di istana. Siap dengan kain rentang berwarna-warni untuk menyambut tetamu. Mak andam yang mempunyai pakaian eksklusif telah dipanggil untuk menyempurnakan hajat mempelai.

Bahkan, segala yang termahal telah ditempah untuk hari persandingan. Ini semua untuk menutup mulut para jemputan yang datang dari dikata tidak mampu mengadakan majlis besar- besaran juga demi menjaga nama baik ibu bapa.Mengapa mesti tunduk kepada percakapan orang? Siapakah yang akan menanggung beban hutang selepas majlis? Adakah wang dan status dapat menjaminkan hidup seseorang? Bukankah keharmonian adalah tunggak kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga?
 Kenapakah harus membazir mengikut kehendak umum?Di manakah tata susila asal kita sebagai seorang Melayu? Dimanakah keikhlasan mengadakan sesebuah majlis? Beginikah akhlak seseorang Muslimin?

Tanyalah soalan-soalan ini dalam diri kita. Sedarlah, bahawa senang manusia kita lihat, susah manusia tiada siapa yang tahu. Lantas, jika tiada apa yang ingin kita ucapkan, hendaklah kita diam atau berzikir. 


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini