:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Wednesday, November 23, 2011

Jika Ditahan Polis...



Seseorang anggota polis adalah dilantik mengikut Seksyen 14 Akta Polis 1967 yang mana mereka ini diberikan satu sijil perlantikan (kad kuasa) dengan terteranya NOMBOR PASUKAN, PANGKAT YANG DISANDANG dan NAMA serta disahkan perlantikan ini oleh seorang pegawai kanan polis. 


Di dalam sijil perlantikan ini dinyatakan seseorang itu seperti berikut : 


* "Telah dilantik menjadi seorang PEGAWAI POLIS di bawah AKTA POLIS 1967 dan adalah diletakhak dengan sepatutnya semua kuasa dan keistimewaan setaraf dengan pangkatnya; 


* Sijil Perlantikan ini ditandatangani oleh pemilik dan pegawai yang mengesahkan; dan 


* Sijil Perlantikan ini adalah pengenalan diri bagi seorang anggota polis. 


Jenis-Jenis Kad Kuasa Polis 


* Pegawai Kanan Polis - Warna Biru 


* Pegawai Rendah Polis & Konstabel - Warna Kuning 


* Konstabel Tambahan - Warna Putih 


* Pegawai & Anggota Ditahan Kerja - Warna Merah 


Nota : Kad berwarna merah bukan kad kuasa tetapi kad pemberitahu sahaja. Pegawai dan anggota polis yang ditahan kerja TIDAK LAYAK MENJALANKAN KUASA-KUASA POLIS. 


Disediakan oleh:
Cawangan Perhubungan Awam, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.
Tel: 603 - 2262 6310 Faks: 03 - 2272 2710 Email: <mailto:rmp@rmp.gov.my> rmp@rmp.gov.my 

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini