:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, November 27, 2011

Janganlah Marah-Marah... :-(


kisah, seorang budak yang panas baran sifatnya. Suatu hari, ayahnya mengajar anak tersebut bagaimana untuk mengatasi sikap marahnya. Si ayah memberikan anak tersebut sekotak paku. Lalu kata si ayah : Wahai anakku, setiap kali engkau marah ambillah paku itu dan pakukan pada pagar rumah kita.Hari pertama, si anak memakukan 27 batang paku, dan berterusan sehingga hari-hari yang berikutnya. Lama-kelamaan, paku yang dipaku tersebut semakin berkurangan dan sikap panas barannya semakin hilang. Hinggakan suatu hari tiada lagi paku yang hendak dipakukan. Lalu si ayah mengajar pula bagaimana untuk mendapatkan sikap sabar. Kata si ayah Wahai anakku, sekarang cabutlah semua paku-paku yang telah engkau pakukan dipagar kita.
Si anak lalu melakukan apa yg disuruh oleh ayahnya. Dia mengeluarkan semua paku-paku tersebut. Setelah selesai, dia bertemu dengan ayahnya. Kata si ayah Anakku, sifat marahmu umpama paku-paku yang telah engkau pakukan dipagar tersebut. Kamu boleh marah sebanyak mana yang kamu mahu. Tetapi kamu juga boleh meminta maaf selepasnya. Perkataan maafmu umpama paku-paku yang dicabut. Walaupun kamu meminta maaf, namun kesannya tetap ada. Lihat kesan paku-paku dipagar tersebut. Walaupun paku sudah dicabut namun lubangnya tetap ada.Dan begitulah diri kita dan sifat marah. Kita mudah untuk marah dan mudah pula memohon kemaafan. Namun kesannya pasti sukar untuk disembuhkan. Begitu juga dengan hati kita, tanyalah diri, tenangkah kita apabila kita memarahi seseorang? Damaikah kita? Dan belajarlah untuk memberi kamaafan dan melupakan kesalahan orang lain pada kita. Pasti hidup akan lebih tenang..

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, Yang bernama pendekar bukanlah orang yg banyak menjatuhkan lawannya. Tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah. [Riwayat Muslim :2235] 

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang, Janganlah saling mengorek rahsia orang lain dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki. Janganlah saling marah memarahi dan saling tidak memperdulikan. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah. [Riwayat Muslim :2191]

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini