:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Saturday, February 18, 2012

Kecemerlangan



"Jika kita mahu mencapai kecermerlangan kita mesti mencari peluang dalam setiap kerumitan dan
bukannya mencari kerumitan dalam setiap peluang"


"Buatlah apa yang baik mengikut kemampuan, dengan cara yang terbuka, disetiap tempat yang anda dalam
pengetahuan, dalam setiap waktu yang tersedia bagimu, 
kepada semua orang yang ada tersedia bagimu di sepanjang masa hadapanmu"


"Sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yang besar, harus bersungguh-sungguh berusaha, dapat
membezakan dengan tajam, memerhatikannya dari segenap 
penjuru, serta dalam mempelajarinya berkeras dan berkemahuan yang tidak dapat dipatahkan"


"Keinginan belajar adalah benih kemajuan tetapi keinginan belajar saja tanpa tenaga membangun adalah
seumpama baling-baling tidak ada mempunyai kemudi"


"Orang yang yakin behawa harapannya tetap ada tidak berhenti di pertengahan usahanya. Pengalaman yang
berulang akan menimbulkan keyakinan"


"Hidup ini bukan persambungan dari jam ke jam, dari hari ke hari atau dari tahun ke tahun"


"Menunda sesuatu perbuatan baik kerana menunggu waktu yakni kesempatan yang lebih baik menandakan
tanda kebodohan telah mempengaruhi jiwa"


"Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya. Ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaanya,
Keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap 
perbuatan kejahatan. Dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan
dirinya"


"Tidak cukup hanya mengetahui matlamat kita, itu hanyalah apa yang hendak kita lakukan. Kita juga
patut mengetahui tujuannya. Tujuan itulah yang membolehkan kita 
bergerak maju.


"Rahsia pertama motivasi ialah tidak ada manusia lain yang mampu mendorong anda melainkan diri kita
sendiri yang mahu dimotivasikan dan membuat keputusan 
untuk berubah ke arah kebaikan"

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini