:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Saturday, February 18, 2012

:: MOTIVASI PAGI INI ::



Manusia adalah ciptaan yang Maha Bijaksana. Kita dicipta untuk kejayaan dalam kehendak manusia itu sendiri. Tidak ada manusia yang dicipta hanya untuk merasai pahitnya kegagalan. Manusia dilengkapkan dengan akal untuk mereka mencari kekuatan mereka sendiri sebelum mengukuhkan institusi/komuniti  yang lebih besar.
Apakah kejayaan? Kejayaan secara dasarnya adalah ruang lingkup hal-hal yang enak dan mengkagumkan. Kejayaan adalah kesejahteraan peribadi. Kejayaan adalah johan. Kejayaan adalah memperoleh kebebasan dari kegelisahan. Kejayaan adalah kehormatan. Kejayaan adalah terus menerus bahagia, kejayaan adalah kepuasan.
Semuanya positif. Dalam kata mudah, kejayaan adalah menang!
Harapan dan nilai kejayaan sangat berbeza antara manusia. Semua ini bergantung kepada nilai tolak dan tambah dalam hidup. Untuk orang-orang tertentu, pengumpulan wang yang banyak adalah kayu ukur kejayaan. Ada pula yang meletakkan sasaran untuk mempunyai anak-anak yang sihat dan riang sebagai tanda kejayaan. Ada juga yang meletakkan sasaran untuk mempertingkatkan usaha perkhidmatan seperti doktor, guru, pemimpin, pekerja sosial dan sebagainya sebagai tanda kejayaan.
Apa pun kayu ukur yang digunakan, ia harus disertakan dengan kebahagian dan kedamaian batin. Sering kali kita menggangap mereka yang kaya sebagai mereka yang berjaya, sedangkan kegagalan yang sebenarnya ialah memiliki berpuluh-puluh akuan bank tetapi hidup menderita.
Wang bukan ukuran yang kejayaan yang total. Allah tidak mengharapkan makhluk-Nya akan menjalani kehidupan yang sempit dan merana. Kita dicipta untuk merasai keberkatan hidup. Mempunyai wang memang baik tetapi ia tidak boleh dinilai lebih tinggi daripada kemanusiaan.
Semua orang mengimpikan kejayaan. Tidak kiralah ia bersifat individu atau kumpulan. Tidak ada manusia yang mahu gagal. Bagi setiap orang, perkataan gagal sebolehnya dibuang saya dari kamus perbendaharaan kata.
Lihat sahaja mereka yang memperoleh keistimewaan daripada kekurangan. Mungkin kita sendiri teruja melihat mereka yang cacat penglihatan dan pendengaran memperoleh 12A dalam SPM dan 5A dalam STPM. Adakah kita tidak rasa malu melihat mereka yang tidak punya tangan dan kaki menjadi usahawan yang cukup dihormati atau peguam yang cukup terkenal.
Adakah mereka berjaya hanya kerana Allah kurniakan mereka dengan kekurangan deria. Tidak! Mereka berjaya kerana mereka percaya pada diri mereka sendiri. Mereka menginsafi bahawa kekurangan itu bukan kekangan. Kekurangan itu adalah tanda bahawa mereka perlu berusaha lebih dari orang lain.
Manusia pada umumnya menghabiskan masa tanpa mengetahui kenapa mereka ada di sini dan kemana mereka bakal pergi. Semua ini sewajarnya membawa kita pada hakikat untuk mentauhidkan Allah.
Setiap hari adalah fajar baru pada kehidupan. Ciptalah harapan yang mulia setiap pagi. Bangunlah dengan harapan yang tinggi dan biasakan diri untuk berfikir yang baik-baik. Tindakan sederhana ini cenderung untuk mempengaruhi kita dengan kekuatan kepercayaan diri. Lantas ia akan membuat kehidupan ini lebih terarah ke hadapan dan ia mengembangkan apa yang terbaik pada diri kita.
Setiap hari ramai yang mencari pekerjaan baru. Masing-masing “mengharapkan” suatu hari nanti mereka akan mencapai dan menikmati kejayaan dan kedudukan yang tinggi. Akan tetapi mereka tidak mempunyai kepercayaan yang diperlukan untuk mencapai cita-cita. Pastinya mereka tetap akan berada di takuk itu atau lebih buruk. Tindak tanduk ini adalah sama seperti kebanyakkan orang-orang biasa.
Namun, wujud juga sejumlah kecil orang muda yang percaya bahawa mereka akan mendapat kejayaan. Mereka mendekati perkerjaan itu dengan sikap “saya menuju ke tempat tertinggi”. Mereka menuju ke arah pekerjaan itu bagaikan seorang hero. Berdasarkan kepercayaan yang kuat dan mendalam, mereka benar-benar berjaya.
Percaya bahawa mereka akan berjaya bukanlah mustahil. Mereka telah meletakkan sasaran. Mereka mengamati setiap tindak tanduk pekerja yang terbaik. Mereka meletakkan ketua mereka sebagai model yang terbaik. Mereka akan merapati mereka yang berjaya dan menelusuri pemikiran mereka yang berjaya.
Lihatlah mereka yang berjaya. Mereka percaya bahawa dia bermutu dan mampu. Dia percaya menangani hal-hal besar dan usaha-usaha besar. Untuk berjaya, tidak perlu menjadi superman. Yang perlu ialah super percaya.
Masuklah, pintu kejayaan sentiasa terbuka. Catatkan bahawa anda adalah anggota terpilih untuk berjaya. Kejayaan anda pada masa hadapan bergantung pada apa yang anda lakukan hari ini – sekarang!.


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini