:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Friday, December 16, 2011

Aku Bertanya Pada BUlan,Hujan & Angin Senja



Aku bertanya pada bulan.
Tidak sepi kah bersendiri begitu di kaki malam.
Sedangkan makluk lain berpasangan pasangan.
Aku lupa yang bulan bukan nya bernyawa.
Kaku dan sejuk , sepi dan kelam
Agaknya aku ini sama seperti bulan.

Aku bertanya pada hujan.
Tidak keringkan air mu mengalir.
Dari tahun ke tahun.
Sedangkan lautan tidak bertambah dalam.
Aku lupa bahawa hujan itu adalah tangisan langit.
sedih pilu dan sentiasa bertemankan petir.
Pedih dan terbakar.
Tangisan hujan tidak kan bernoktah selagi ada dunia.
Agaknya aku pun seperti hujan,tangisan menjadi teman.

Aku bertanya pada angin senja.
Adakah rindu yang meniup mu kemari
atau hanya menyapu janji palsu ke pipi
dan bayu tidak bertiup kearah ini lagi.
Bertukar arah sepantas suram nya cahaya pelangi
Agaknya aku lah milik abadi duka ini.
Selamanya mencari jawapan
sedangkan persoalan nya kabur
atau mungkin juga
selama ini cinta itu hanya satu permainan.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini