:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, December 11, 2011

Antara Hadiah Paling Berharga



Kehadiran


Kehadiran orang yang dikasihi rasanya adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Sememangnya boleh juga hadir melalui surat, telefon, foto, atau faks. Namun dengan berada di sampingnya, dapat berkongsii perasaan, perhatian, dan kasih sayang secara lebih berkesan. Dengan demikian, kualiti kehadiran juga penting. Jadikan kehadiran sebagai pembawa kebahagiaan.


Mendengar


Sedikit orang yang mampu memberikan hadiah ini. Sebab, kebanyakan orang lebih suka didengari, Mendengar sudah lama diketahui bahawa keharmonian hubungan antara manusia amat ditentukan oleh kesediaan saling mendengar. Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapannya, secara tak langsung kita juga telah menambahkan kesabaran dan kerendahan hati. Untuk mendengar dengan lebih baik, pastikan dalam keadaan betul-betul relaks dan boleh menangkap  apa yang disampaikan. Tatap wajahnya. Tidak perlu menyela, mengkritik, apalagi menghakimi. 


Diam


Seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan. Diam boleh dipakai untuk menghukum, mengusir, atau membingungkan orang. Tapi lebih dari segalanya, diam juga boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberinya "ruang". lagipun kita sudah setiap hari terbiasa untuk menasihati, mengatur, mengkritik, bahkan mengomel.


Kebebasan


Mencintai seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang bersangkutan. Bolehkah kita mengaku mencintai seseorang jika kita selalu mengongkongnya ? Memberi kebebasan adalah salah satu perwujudan cinta. Makna kebebasan bukanlah "Kau bebas berbuat apa saja". Lebih dalam dari itu, memberi kebebasan adalah memberinya kepercayaan penuh untuk bertanggung jawab atas segala hal yang dia putuskan atau lakukan.


Keindahan


Siapa yang tak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih bergaya atau cantik ? Tampil indah dan rupawan juga merupakan hadiah tau. Bahkan tak salah jika menghadiahkannya setiap hari ! Selain keindahan penampilan pribadi.


Tanggapan Positif


Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negative terhadap fikiran, sikap, atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar dari dirinya dan kebenaran mutlak hanya pada kita. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan tulus. Cubalah ingat, berapa kali dalam seminggu terakhir anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi Anda. Ingat-ingat pula, pernahkah memujinya. Kedua hal itu, ucapan terima kasih dan pujian (dan juga permintaan maaf) adalah hadiah indah yang sering terlupakan.



Senyuman


Percaya atau tidak, kekuatan senyuman amat luar biasa. Senyuman, lebih2 lagi yang diberikan dengan tulus, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat dalam keputus asaan, pencerah suasana muram, bahkan menjadi ubat penenang jiwa yang resah. Senyuman juga merupakan syarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah kali terakhir kita menghadiahkan senyuman manis pada orang yang dikasihi ?

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini