:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Sunday, December 11, 2011

Kebaikan Amalan Berkhatan



Majlis khatan biasanya dilakukan ketika usia kanak-kanak antara tujuh hingga 12 tahun. Majlis khatan diadakan penuh tradisi yang dikaitkan sebagai tanda kanak-kanak bakal memasuki dewasa. 


Biasanya majlis khatan turut diadakan serentak dengan majlis khatam al-Quran yang turut disertai kanak-kanak perempuan. Majlis diadakan dengan mengumpulkan secara beramai-ramai kanak-kanak dalam sebuah kampung atau taman perumahan. 


Bagaimanapun, semakin banyak yang memilih mengadakan khatan di hospital atau klinik yang tidak melibatkan apa-apa majlis. Cara itu lebih mudah dan tidak melibatkan perbelanjaan yang banyak. 


Biarpun amalan berkhatan telah lama diadakan dalam masyarakat Melayu dan merupakan sesuatu yang disyariatkan dalam Islam, masih ada yang tidak memahami mengapa kanak-kanak lelaki perlu dikhatankan. 


Sesungguhnya setiap amalan dalam Islam tentunya mempunyai hikmahnya. Biarpun Allah tidak menjelaskan secara khusus hikmahnya tetapi daripada kajian sainstifik yang dilakukan pakar yang berkaitan menemui kebaikan mengapa amalan itu diperintahkan. Amalan berkhatan di kalangan kanak-kanak lelaki mempunyai kebaikan yang diakui pakar kesihatan. 


Tinjauan yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat pada awal 1980 terhadap perempuan yang mempunyai banyak teman lelaki yang berkhatan dan tidak, kira-kira 90 peratus menyatakan yang mereka memilih pasangan yang berkhatan. 


Mengikut satu perangkaan, di seluruh dunia satu dari enam orang lelaki dikhatankan, dan setiap tahun dianggarkan sejumlah 15 juta prosedur berkhatan dijalankan. 


Selain memenuhi tuntutan agama, kesedaran mengenai kebaikan berkhatan telah mendorong ramai lelaki moden melakukan amalan itu. Bilangan lelaki berkhatan semakin bertambah terutama di negara maju dan semakin diterima di negara sedang membangun di rantau Asia. 


Sekarang ini telah timbul kesedaran di kalangan ibu bapa untuk mengkhatankan anak lelaki ketika usia beberapa hari. Proses ini dikatakan lebih mudah dan selamat. Kanak-kanak yang dikhatankan ketika usia bayi mempunyai risiko lebih rendah daripada jangkitan saluran kencing. Tabiat kencing malam juga kurang dialami kanak-kanak dikhatankan ketika usia bayi. 

Jelas sekali, semua peraturan yang ditetapkan dalam Islam memberi kebaikan. Tidak benar jika dikatakan amalan itu satu bentuk penyeksaan. Ada pihak menakut-nakutkan orang bukan Islam agar tidak memeluk Islam dengan alasan penderitaan yang terpaksa ditanggung semasa berkhatan.

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini