:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Saturday, December 3, 2011

Aurat Wanita Dalam Islam



1.BULU KENING 
Menurut Bukhari: ?Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur(menipiskan bulu kening / meminta supaya dicukurkan bulu kening). 
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari 

2.KAKI (TUMIT KAKI) 
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. An-Nur :31 
Menampakkan kaki 
Melenggokkan badan mengikut hentakan kaki 

3.WANGIAN 
Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. Riwayat Nasaie,Ibn Khuzaimah dan Hibban 

4.DADA 
Hendaklah meraka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. 
An-Nur :31 

5.GIGI 
Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Riwayat At-Thabrani 

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah. 
Riwayat Bukhari dan Muslim 


6.TANGAN 
?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya?. 

7.MUKA DAN LEHER 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyyah yang dahulu. 
Bersolek (make-up) 
Menurut Maqatil : membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti 
orang jahiliyyah dengan sengaja. 

8.RAMBUT 
Wahai anakku Fatimah ! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. 
Riwayat Bukhari dan Muslim 

9.MATA 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya. 
An-Nur : 31 

Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama,ada pun pandangan seterusnya tidak di benarkan. 
Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi 

10.PAKAIAN 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti. 
Riwayat Ahmad,Abu Daud,An-Nasaie dan Ibn Majah 

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. 
Riwayat Bukhari dan Muslim 


Berpakaian tipis/jarang 
Berpakaian ketat/nampak bentuk 
Berpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu 

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. 
Riwayat Al-Bazaar 

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antara dirinya dengan Allah. 
Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah 

12.MUKA DAN TANGAN 
Asma? binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang tipis.Sabda Rasulullah s.a.w: 
Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. 
Riwayat Bukhari dan Muslim 

13.MULUT (SUARA) 
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. 
Al-Ahzab : 32 

Sesungguhnya akan ada ummatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh-oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. 
Riwayat Ibn Majah


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini