:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, December 26, 2011

Baik Ada Buruknya..

Tertarik dengan cerita bagaimana suami terdiri dari orang baik2 tetapi isteri khianat dan derhaka. Contoh yang terbaik ialah perihal nabi LUT dan Nabi Nuh. Di mana nabi Lut dan Nabi Nuh adalah mahluk terpuji kesayangan Allah. Tetapi isteri kedua2 nya khianat dan derhaka (refer Surah AtTahrim : 10)

Manakala kadangkala isteri sangat baik tetapi suami macam syaitan. Contoh yang terbaik ialah Firaun (refer At Tahrim : 11)


Kadangkala anak sangat baik bapa yang tak baik jadi ahli neraka. Ini contoh nabi Ibrahim dan ayah nya.

Kadangkala bapa nya baik anak pula derhaka pada Allah. Ini contoh nabi Nuh.

Kadangkala dalam suatu keluarga yang besar, ada macam2 perangai. Bapa baik, anak pula, ada yang baik dan ada pula yang nakal. Ini contoh nabi Yaakob dan nabi Yusof serta adik beradik nya.

Bandingkan dengan keluarga kita tak banyak jauh beza nya. Dalam keluarga pasti ada masalah. Kadang ada saja yang tak kena. Tapi semua nya terpulang kepada kita untuk menangani nya dan seterus nya menyelesaikan nya.

Adik beradik bagai gigi dengan lidah pasti tergigit. Tapi bila dah tergigit jangan lah terus gigit.

Yang sensitif tu, jangan lah terlalu sensitif. Dan yang suka bergadu tu, jangan lah selalu cari pasal. Cuba cari common topic yang boleh membawa kita rapat dan mesra. Kalau di fikirkan alasan yang menyebabkan kita bergaduh, selalu nya adalah benda remeh temeh aje. Tapi benda yang remeh temeh ni lah yang menyebabkan kita bergaduh. Yang penting mesti ada pihak yang sanggup membuat langkah pertama, merapatkan jurang perselisihan.

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini