:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, December 26, 2011

Hari ni Tak Mungkin Sama dengan Semalam

Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan. Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba. Jika anda tergolong dalan golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.

Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba. Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata. Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.

Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti. Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, besok mungkin anda menikmatinya. Jangan terlalu susah hati jika sakit, besok mungkin anda sembuh. Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, besok mungkin anda berada.

Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia. Sama sekali tidak, sebab kecantikan boleh pergibiar bagaimana dijaga.

Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai, terlalu menyayangi, amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya. Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.

Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan. Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah. Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah. Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing, ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka.

Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon yang tidak pernah tahu skripnya. Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin tetapi kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya. Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan, adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.

Kejatuhan bukan penghujung dunia. Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita. Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar. Bukanlah kita mengharapkan bencana, tetapi jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita...


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini