:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, December 5, 2011

Buat Pedoman Para Suami



Seorang suami tidak boleh membenci isterinya atau sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. 

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya orang perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk. Ia tidak akan boleh lurus pada satu jalan. Jika kamu mencari kepuasan dengannya, nescaya kamu dapat kepuasan darinya, padahal ia tetap bengkok. Dan jika kamu hendak meluruskannya, bererti kamu cuba mematahkan sedangkan mematahkan (bererti) menceraikannya." (Riwayat Muslim) 

Hadis itu menggambarkan tingkah laku perempuan yang sejak lahir memang telah dibekalkan dan dipengaruhi oleh sifat pembawaan asli. Betapa rumit dan sukarnya mendidik wanita. Jika ia dididik dengan kasar, maka ia akan patah. Kalau dibiarkan, maka semakin parah tingkah lakunya. Oleh sebab itu, bagi para suami dalam pergaulan dengan isteri haruslah dengan bijaksana, tahu situasi dan keadaannya. Jangan terlalu kasar dan jangan pula terlalu lembut. 


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini