:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, December 5, 2011

Tips kalau hendak "trade in" kereta



Mungkin ada yang dah berkira-kira berapa bonus yang akan dapat hujung tahun ini. Cuma sedikit nasihat kepada mereka yang berkira-kira yang hendak tukar (trade in) kereta, dah banyak kes berlaku dimana kereta yang di trade in, tidak dijual oleh penjual kereta. Pemilik kereta asal yang menyangka kereta trade in mereka telah dijual sebenarnya masih tidak terjual, akibatnya mereka akan menerima surat tunggakan bayaran daripada bank, surat mahkamah, lebih malang lagi mereka menerima tunggakan saman lalulintas dan lebih malang jika kereta mereka digunakan untuk tujuan jenayah dan penyeludupan. 

Berikut ialah beberapa tips kalau hendak trade in kereta : 

1. Dapatkan harga pasaran kereta anda daripada majalah, akhbar, atau laman webwww.ambg.com.my , www.motortrader.com.mywww.thestar.com.my dan lain-lain. 

2. Dapatkan jumlah baki pinjaman anda daripada bank (full settlement) 

3. Jika full settlement anda adalah lebih dari harga pasaran, maka anda akan berisiko kalau anda trade in kereta anda. 

4. Berhati-hati peniaga kereta yang menawarkan 0 downpayment kalau anda trade in kereta anda. Anda akan membuat pinjaman kereta baru dan kereta lama anda belum tentu lagi dapat dijual. 

5. Berhati-hati juga peniaga kereta yang sanggup mengambil kereta anda walaupun full settlement lebih tinggi dari harga pasaran kereta walaupun anda dioffer discount untuk kereta baru , kerana sekali lagi kereta lama anda belum dijamin akan terjual. 

6. Sebaiknya anda trade in kereta apabila road tax atau insuran kereta lama anda hampir tamat tempoh, tetapi anda masih tetap berisiko. 

7. Sebaiknya mereka yang ingin trade in kereta, pastikan ada pembeli untuk kereta anda terlebih dahulu. 

Walau apa pun, sekiranya anda tidak pasti dalam urusan jual beli kereta, dapatkan nasihat daripada rakan anda yang sentiasa ingin membantu, bukannya rakan yang mengharapkan komisyen. 


Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini