:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, December 12, 2011

Ibu Bapa Tentukan Calon Menantu



BERCINTA bertahun-tahun bukanlah jaminan perhubungan yang terjalin atas dasar suka sama suka bakal berakhir ke jinjang pelamin.


Cita-cita untuk mengecapi kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat umpama `angan-angan Mat Jenin? bila tiba masanya mereka sendiri mengakui perhubungan cinta itu tidak akan direstui keluarga.


Sesuai dengan pepatah ?Diluah mati emak, ditelan mati bapak? - tiada yang dapat diperjelaskan lagi kerana keputusan muktamad sudah diberi keluarga yang tetap tidak merestui perhubungan cinta.


Hendak menangis air mata darah sekali pun, keputusan tetap sama. Keluarga tetap tidak merestui hubungan. Jika membantah, alamat derhakalah si anak, tidak pun dibuang keluarga.


Banyak faktor membuatkan satu ikatan cinta yang murni menjadi `terlarang?, tidak direstui keluarga. Perbezaan status, si kaya berkasih dengan si miskin; berlainan keturunan dan agama, suku kaum, budaya juga usia sering kali menjadi tembok penghalang sebuah percintaan. 


Jangan ingat semua ini hanya kisah zaman dulu kala, zaman ibu bapa, mahupun datuk nenek dan moyang kita. Pasangan harus mengikut ciri yang ditetapkan ibu bapa dan keluarga, masih wujud di zaman teknologi maklumat (IT) yang serba maju kala ini.


Dalam kemajuan manusia, masih ada ibu bapa yang bertindak `kejam? menghalang perhubungan cinta anak sendiri. Kebahagiaan anak sanggup dikorbankan untuk kepuasan dan kebahagiaan diri sendiri.


Biarpun memberi alasan percaturan orang tua akan menjamin kebahagiaan hingga ke anak cucu, realitinya yang menanggung kekecewaan kelak adalah anak mereka sendiri. 


Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila banyak rumah tangga yang diatur keluarga akhirnya berakhir dengan perceraian (walaupun tidak dinafikan ada yang kekal bahagia). 


Mungkin ibu bapa begini lebih rela melihat rumah tangga anak-anak mereka hancur semata-mata kerana mahu menepati cita rasa ibu bapa.


Bagaimana pula jika anak-anak `mengugut? untuk kekal membujang andai percintaan terus-terusan dihalang? Biar tiada penyambung zuriat, biar ibu bapa tidak bercucu, tidak bercicit kalau itu lebih menggembirakan ibu bapa? Bukankah itu satu kerugian, lebih menyedihkan?


Tidak salah memberi pandangan atau nasihat buat anak-anak dalam memilih pasangan hidup. Namun, tidak harus sampai menghalang anak-anak membuat pilihan sendiri, apatah lagi hingga membuatkan anak-anak sanggup hidup membujang sampai bila-bila, kata ibu kepada empat anak gadis, Habsah Hassan yang juga Produser Filem dan Penulis Lirik terkenal.


Perkahwinan yang diatur keluarga, bagi Habsah, tidak lagi sesuai dipraktikkan ketika ini. Cuma, katanya, ibu bapa, sebagai orang tua, wajar memberi pandangan dari aspek keperibadian calon menantu, termasuk pegangan agama supaya rumah tangga yang dibina anak-anak terjamin kebahagiaannya.

Artikel ini dikongsi oleh
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini