:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Monday, December 12, 2011

Misteri Kotak Hitam itu..



Mira tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. sudah 20 tahun kotak hitam itu di situ dan suatu hari ketika membersihkan bilik, Mira tidak dapat menahan perasaaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu.
Mira terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada empat biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri tersebut dengan bertanya kepada suaminya yang bernama azman: "kenapa abang letak 4 biji telur ayam di bawah katil kita?"
Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab: "Sayang, setiap kali abang curang kepada mu, abang letak telur ayam sebagai tanda penyesalan". Mira terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana empat kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya.
Kemudian Mira bertanya lagi:"tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ?... " dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab: "setiap kali telur tu cukup sedozen abang jual dan duit tu abang letak kat situ".

diceritakan dari  almari_s


Artikel ini dikongsi oleh
2 Comments
Comments

2 comments:

hahaha...byk la plak...
 
heee...
 

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini