:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Wednesday, December 14, 2011

Lelaki pukul perempuan? Adakah dikira dayus?



Apa hukum lelaki pukul perempuan? Adakah dikira dayus? 
Orang kita selalu cakap, "Tak malu pukul perempuan! Dasar lelaki dayus!". Weyh! Perkataan dayus dah disalah erti pulak. Inilah akibatnya tengok drama Melayu. Skrip main ikut sedap dia saja.

Hukum pukul perempuan bukanlah bererti lelaki itu DAYUSPukul perempuan bererti lelaki itu ZALIM dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka-luka, lebam, berdarah atau yang sewaktu dengannya adalah HARAM. Pukul yang dibenarkan dipukul ialah jika si isteri itu nusyuz. Itupun pukul bersyarat dan pilihan terakhir selepas berusaha untuk kembalikan kebahagiaan rumahtangga masih gagal dan pukul pula jika ia boleh berubah. 
Lelaki DAYUS adalah lelaki yang takut bini. Dan yang membiarkan isteri dan anak-anak perempuan melakukan maksiat tanpa rasa cemburu dan tidak menegurnya untuk meninggalkan maksiat. Tak menutup aurat, dye rambut kaler merah, jadi pelakon peluk-peluk dalam drama. Dalam filem alim nak mampus, tapi luar macam setan. Pergi clubbing minum arak balik masa azan subuh pun mak bapak buat bodoh. Bila orang tegur anak bini dia buat dosa, dia back-up. Itu baru namanya dayus.


Akan tetapi, kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Jika berlaku tanpa pengetahuannya, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
rujukan : ustaz zaharuddin.net


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini