:: A|-C@pac|nO ::

Perkongsian Seorang Aku | Apalah ertinya penulisan kalau x d baca, Apalah ertinya ilmu kalau x dikongsi..

Tuesday, October 25, 2011

Kisah Anak Ikan

Artikel ini dikongsi oleh



Seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi. Anak ikan bertanya, Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu? Ibu ikan pun berkata, Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat satu perkara yang amat penting ibu ingin sampaika ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman-berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga mengambil berat apa yang ingin ibu katakan.

Satu hari nanti, anakanda akan diuji dengan godaan-godaan yang mengelirukan akal anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar. Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apapun kecuali untuk menikmati juadah yang enak itu tetapi ankanda kena ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara.


Alam apa itu ibu? Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu leher anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan anakanda akan merasa kesakitan di mulut ankanda. Kemudian, mereka akan tarik anakanda ke arah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak nafas kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara.


Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga ada manusia yang datang dan mencucuk-cucuk badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Seksaan mereka belum selesai manusia itu akan mengelar-ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat bayangkan dan ceritakan.., sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.


Setelah dikelar-kelar anakanda akan melihat minyak yang panas menggelegak , sehingga percikannya bias meleburkan kulit anakanda yang halus itu manusia itu kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna akhirnya anakanda akan dilapah , dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu. Semua seksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit. Ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu. Si anak hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dalam hatinya masih tidak yakin  kerana masih belum bertemu cacing yang sebegitu.


Suatu hari, setelah si anak remaja dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, nampak lazat berseri-seri.. semua ikan itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing.. Cuma baru sekarang mereka melihatnya dengan mata kasar sendiri. Masing-masing menolak satu sama lain dan saling cabar-mencabar agar pergi menjamah hidangan tersebut. Akhirnya si anak yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata Ahhh masakan benar kata-kata ibuku makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku, terlintas nafsu yang dating menggoda lalu setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dengan rakusnya membaham cacing itu mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat setelah cuba melepaskan diri si anak tadi merasa kesal dan sedih dalam dirinya kerana dia tahu apa yang ibu katakana memang benar Cuma segalanya sudah terlambat hanya kerana NAFSU.


Moga dapat ambil pengajaran
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meberikan komen anda disini